
PROGRAM CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP-KPS) 2015
APRIL 2015 - PROGRAM CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIP-KPS) 2015
ESERI telah diberi kepercayaan untuk menjadi pakar rujuk di dalam Program Cabaran Interraktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) sekolah-sekolah seluruh Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diadakan pada 16 April 2015 (dry-run) dan 23 April 2015 yang lalu bertempat di Kampung Tanjung, Semenyih, Selangor.
Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir selaku Pengarah ESERI bersama beberapa orang staf ESERI telah turut serta memainkan peranan menyelia perjalanan perogram dan turut menjadi urusetia salah satu 'checkpoint' dalam program tersebut.