
LAWATAN KE BALAI CERAP KUSZA, ESERI
15 JUN 2015 - WAKIL DELEGASI MESYUARAT JAWATANKUASA TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UNIVERSITI AWAM MALAYSIA MELAWAT BALAI CERAP KUSZA, ESERI
15 Jun 2015 - Program lawatan ke Balai Cerap KUSZA, ESERI di Merang, Setiu merupakan acara sampingan kepada majlis Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Awam Malaysia yang diadakan pada 14-15 Jun 2015 di Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Para tetamu berkesempatan menyaksikan fenomena di permukaan matahari menggunakan teleskop khas. Selain itu fenomena 'halo' matahari yang indah turut berlaku ketika itu dan dapat disaksikan dan dirakam.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) UniSZA Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman dan Pengarah ESERI, Prof Madya Dr Hafizan Juahir turut mengiringi tetamu-tetamu dari beberapa universiti awam Malaysia ini sepanjang lawatan.