LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JAKOA BERSAMA ESERI KE PROJEK BEKALAN AIR TERAWAT DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI NEGERI KELANTAN
Lawatan kerja projek bekalan air terawat selama dua hari, yang bermula pada 18 - 19 Jun 2023 telah melibatkan tiga agensi kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak ESERI termasuklah pensampelan kualiti air serta analisis in-situ di tiga buah Sistem Telaga Tiub Air Bawah Tanah, di perkampungan orang asli iaitu Kg. Jias, Langsat dan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan.
Perbincangan serta perkongsian idea yang bermanfaat telah berjaya diutarakan bagi kepentingan serta kemajuan bekalan air bersih dan terawat khususnya untuk kegunaan perkampungan orang asli.
Semoga kehadiran pihak penyelidik ESERI pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan diharapkan kerjasama ini berterusan pada masa hadapan. Terima kasih.