BUKU

Azizah Endut, Fathurrahman Lananan. 2016. Sustainable Aquaponics Recirculation System for Freshwater Species. Lambert Academic Publishing. ISBN: 3659909475

 

Toriman, Mohd Ekhwan and Kamarudin, Mohd Khairul Amri and Juahir, Hafizan and Gasim, Muhammad Barzani and Endut, Azizah and Azid, Azman and Umar, Roslan, eds. (2015) BENCANA BANJIR Kupasan Pelbagai Perspektif. Penerbit Unisza. ISBN 978-967-0899-14-5

 

Mohd Ekhwan Toriman, Muhammad Barzani Gasim, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Nor Azlina Abd Aziz & Hafizan Juahir. 2014. HIDROLOGI Tanah Tinggi dan Tasik.Penerbitan UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA). 322p.p (ISBN: 978-983-9842-72-2)

Sinopsis Buku…

Buku Hidrologi Tabah Tinggi dan Tasik ini adalah hasil dari suntingan daripada beberapa penulisan manuskrip hasil penyelidikan yang telah dijalankan di Negeri Pahang sebelum ini. Buku ini juga, telah disunting oleh beberapa ahli akademik yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing. Buku ini memaparkan perubahan persekitaran fizikal khususnya di kawasan permukaan bumi yang bersempadan dengan sungai dan tasik, kesihatan persekitaran dan konflik alam sekitar yang mengganggu kesihatan sesuatu ekosistem, sama ada melibatkan ekosistem daratan atau akuatik. Sebahagian besar daripada isu yang dibincangkan adalah hasil dari dapatan kajian berdasarkan penyelidikan yang terdiri daripada pelbagai paduan ilmu khususnya hidrologi dan sedimentologi.


Buku ini bukan sahaja berjaya membekalkan kepelbagaian maklumat ilmu berkaitan persekitaran yang melibatkan kajian pemodelan dalam hidrologi, hakisan, angkutan dan proses pemendapan, yang sangat relevan dengan aktiviti pembangunan di sekitar persekitaran sungai dan sekeliling tasik. Buku yang memuatkan 12 tajuk makalah yang telah disumbangkan oleh penulis-penulis yang pakar dalam bidangnya. Akhirnya, diharapkan buku ini dapat membantu golongan penyelidik, pendidik, pelajar dan para graduan untuk lebih memahami konsep dalam hidrologi, angkutan sedimen dan persekitaran yang melibatkan kepelbagaian aktiviti dalam masa dan ruang di dalam atmosfera.

 

Harga Buku: RM 45.00