Makmal Forensik Pintar
Makmal Forensik Pintar
Unit ini merupakan makmal berpusat untuk ESERI yang bertanggungjawab untuk mengendalikan analisis analisis kualiti dan forensik alam sekitar, baik ujikaji di dalam makmal mahupun ujikaji di tempat kejadian. Unit ini merupakan unit yang berperanan penting sebagai penyokong kepada kesemua unit-unit yang berada di bawah institut ini. Penubuhan unit ini akan dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu seksyen makmal eksploratori data analisis dan pemodelan, seksyen makmal sains, dan seksyen makmal bergerak. Penubuhan unit ini seterusnya akan disusuli dengan permohonan untuk mendapatkan pensijilan ISO9001 dan ISO/IEC17025, bagi memastikan segala hasil analisis yang dibuat diunit ini dapat memenuhi piawaian standard yang ditetapkan. Unit ini akan menjalankan penyelidikan dalam pembangunan kaedah dengan menggunakan peralatan yang sofistikated, merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan jaminan kualiti makmal dan sistem pengurusan kualiti di bawah standard-standard ini. Unit ini juga bakal menawarkan khidmat analisis sampel dan perundingan dari sektor awam dan swasta, selaras dengan jaminan kualiti makmal di bawah standard ISO/IEC17025 apabila telah mendapat taraf pensijilan kelak.