Penilaian Risiko dan Kesihatan Alam Sekitar
Penilaian Risiko dan Kesihatan Alam Sekitar
Unit ini merupakan unit yang berperanan penting dalam menjalankan kajian penilaian risiko kesan dan akibat daripada pencemaran yang berlaku ke atas alam sekitar dan hidupan. Ia merangkumi risiko keseluruhan ekosistem termasuk manusia yang terdedah, atau telah menerima impak daripada media-media seperti air, udara dan tanah. Ia juga merangkumi kesan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kesan sedimentasi dan hakisan pantai di samping kajian penggunaan produk-produk atau kesan pendedahan yang berlaku di tempat kerja. Unit ini akan berperanan dalam menyiasat dan mengenalpasti punca, pengawalan dan pencegahan ke atas risiko daripada pendedahan ke atas pencemaran dan bencana yang berlaku.