Kejuruteraan Kualiti dan Pemodelan

Kejuruteraan Kualiti dan Pemodelan

Unit ini akan diwujudkan bagi bertujuan untuk membuat analisis penyelidikan berkaitan kejuruteraan kualiti dan permodelan di dalam alam sekitar.  Unit ini adalah berasaskan teknik perlombongan data dalam eksploratori data analisis dan pemodelan pintar untuk alam sekitar. Dengan aplikasi konsep kejuruteraan kualiti-kecacatan sifar dalam alam sekitar mengikut  konsep  'six-sigma' iaitu 'define', 'measure', 'analyze', 'improve' dan  'control' (DMAIC),  unit  ini  akan  menjadi  peneraju  dan memberikan sumbangan besar di dalam bidang sains forensik dan pengesahan corak alam sekitar berasaskan nombor. Unit ini akan turut bertindak sebagai perunding serta menyumbangkan tenaga dan kemahiran  kepada  sektor  awam  mahupun  swasta  dalam  meningkatkan  kualiti  alam  sekitar  dan kehidupan  manusia  sejagat  secara  progresif  dan  lestari. Ia  juga  dijangka  akan  berfungsi  dalam memantau  serta  mengumpul  data  bermula  daripada  air,  udara,  tanah  dan  bahan  kimia. Ia  turut bertindak sebagai penentu nilai sebenar data untuk dijadikan sebagai model atau sebuah pusat pengumpulan data yang lebih holistik.