• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

KAJIAN PENCEMARAN AIR DI SUNGAI PAKA

26 NOVEMBER 2014 - KAJIAN PENCEMARAN AIR DI SUNGAI PAKA, DUNGUN, TERENGGANU

26 November 2014(Rabu) – Unit Tindakan Kecemasan (UTK) ESERI yang  disertai seorang pegawai dan 2 orang pelajar Sarjana Sains(Forensik Alam Sekitar) telah membuat kajian dan pemantauan kualiti air di Sungai Paka, Terengganu. Setelah mendapat informasi melalui media massa mengenai tahap pencemaran yang sangat serius di sungai tersebut telah mendapat perhatian dan tindakan serta merta daripada pihak UTK ESERI.

Sungai Paka telah menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan setelah sekian lamanya khususnya dengan membuka perusahaan ternakan ikan sangkar kerapu. Menurut petikan media dan pengusaha ternakan tersebut, kejadian berlaku seminggu selepas dimaklumkan di media.

Pihak yang bertanggungjawab seperti JPS, JAS, pihak berkuasa tempatan dan ESERI telah menjalankan tanggungjawab kualiti alam sekitar dengan melakukan persampelan air, tahap kualiti air, dan kesan terhadap hidupan akuatik hasil daripada pencemaran tersebut. Hasil persampelan in-situ mendapati hasil yang mengejutkan seperti tahap (pH<4.5) yang berasid lemah tetapi pada hari kejadian dilaporkan (pH<3.5) yang menyebabkan kesemua hidupan ternakan ikan sangkar dan yang lain-lain telah mati serta cedera kerana tahap air yang sedemikian.

Menurut maklumat penduduk tempatan, pencemaran sungai tersebut telah berpunca daripada industri yang terdapat di sepanjang sungai tersebut di tambah lagi dengan keadaan hujan lebat yang menyebabkan takungan loji rawatan industri telah melimpah ke dalam sungai tersebut. Namun, siasatan dan informasi yang lebih kukuh masih diteruskan.

Lebih banyak artikel..