• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PROGRAM SAINTIS MUDA ALAM SEKITAR BERSAMA PELAJAR SEK.MEN.SAINS JELI

18-19 JUN 2014 - PROGRAM SAINTIS MUDA ALAM SEKITAR BERSAMA PELAJAR SEK.MEN.SAINS JELI

SMK JELI

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA), sekali lagi tampil dengan inisiatif khas apabila memperkenalkan Program Saintis Muda Alam Sekitar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Jeli, Jeli Kelantan. Program ini di anjurkan di “Aura Training Centre, Kandis, Bachok, Kelantan”. Program ini di namakan “Academic & Team Building Camp”. Program kerjasama ini, melibatkan penyertaan lebih 72 pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Jeli, Jeli, Kelantan. Program ini juga turut di sertai oleh Profesor Dr. Sharifuddin Md Zain dari Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM),  guru-guru Sekolah Menengah Sains Jeli dan Fasilitator dari ESERI. Program kerjasama ini, di jalankan selama 2 hari, bermula 18 hingga 19 Jun 2014.

Program itu dipenuhi dengan aktiviti seperti sesi ceramah, penyelidikan dan kajian tentang air sungai dan laut yang terdapat di sekitar kawasan kem penginapan. Pelajar juga, didedahkan kepada pengalaman sebenar melakukan ujikaji  tentang kualiti air dan tahap kebersihannya. Selain itu, sesi sebelah malamnya pula di isi dengan program perbentangan kajian tentang kualiti air yang di kaji. Perbentangan di bahagikan kepada lapan kumpulan dan setiap individu dalam kumpulan wajib bersuara untuk menerangkan kepada orang kumpulan-kumpulan lain.

Prof. Madya Dr. Hafizan Bin Juahir (Pengarah ESERI) berkata, program unik tersebut turut berperanan dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan bidang sains bagi mengharungi dunia maju di era globalisasi yang semakin mencabar kini. Katanya lagi, para pelajar di peringkat persekolahan perlu diberikan pendedahan yang berterusan bagi meningkatkan minat mereka dalam bidang sains dan teknologi kerana ia adalah teras untuk menuju matlamat bergelar negara maju. Bidang ini amat penting pada hari ini dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menyatakan bahawa pelajar aliran sains dan teknologi akan diberi keutamaan untuk mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

 JELI PIC 6JELI PIC 1

Melalui pengisian tersebut, para pelajar dapat merasai keghairahan untuk mempelajari sains seterusnya meneroka alam sains yang menyeronokkan serta penuh dengan cabaran dan ia diharap dapat mengatasi masalah kemerosotan minat pelajar mendalami dunia sains. Usaha serius Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA),  untuk mencetus minat pelajar sekolah dalam bidang sains dan teknologi akan terus dijalankan, malah kajian terperinci terhadap keberkesanan program ini akan dilakukan untuk dijadikan asas kepada perancangan program seumpama ini di masa hadapan.

JELI PIC 3JELI PIC

JELI PIC 4JELI PIC 5

Lebih banyak artikel..