• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

LAWATAN LOJI PERAWATAN SISA BATIK

12 OKTOBER 2014 - LAWATAN TAPAK KE LOJI PERAWATAN SISA KILANG BATIK CHABANG TIGA, K.TERENGGANU

Lawatan Tapak Ke Loji Perawatan Sisa Kilang Batik Chabang Tiga, Kuala Terengganu

Projek ini merupakan satu usahasama di antara East Coast Environmental Research Institute (ESERI) UniSZA, Humid Tropic Centre (HTC), Jabatan Pengairan dan Saliran Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar bersama Muslim Water Resources Cooperation (MUWAREC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor Malaysia.

Lawatan kajian ini disertai oleh Pengarah ESERI, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Prof. Madya. Ir. Dr. Othman Jaafar (UKM), wakil kontraktor yang terlibat dalam projek (UNITI Consultants) serta dua orang pelajar dan seorang pegawai sains daripada ESERI.

Perojek ini bertujuan untuk merawat sisa kilang batik dan memperoleh semula silikat dan lilin yang digunakan dalam proses pembuatan batik dan juga menghasilkan baja daripada proses tersebut.  Proses perawatan sisa kilang batik ini menggunakan teknologi hijau (Envirotex® biofilm) di mana ia dapat mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar, terutamanya kepada air dan juga dapat menjimatkan ekonomi.

Projek ini akan dibincangkan kembali untuk menetapkan tarikh kajian pencemaran alam sekitar.

Lebih banyak artikel..