• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

ESERI, UNISZA DAN HSNZ JALIN KERJASAMA PEMANTAUAN KUALITI UDARA DALAMAN

1 JANUARI 2015 - ESERI, UNISZA DAN HSNZ JALIN KERJASAMA PEMANTAUAN KUALITI UDARA DALAMAN

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2015 - Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) baru-baru ini telah menjalinkan satu kerjasama pemantauan kualiti udara dalaman dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi tujuan menilai dan memantau tahap kebersihan udara di dalam premis hospital berkenaan.

Melalui kerjasama ini, ESERI telah diberi kebenaran untuk mengakses beberapa premis kesihatan seperti pusat rawatan harian, bilik bronkoskopi, bilik fluoroskopi, bilik endoskopi, dan bilik kawalan. Antara parameter kualiti udara dalaman yang dijalankan di HSNZ adalah seperti suhu, kelembapan udara, jumlah zarah terampai, zarah udara (PM10, PM2.5, PM1.0), formaldehid, karbon monoksida, karbon dioksida, hidrogen sulfida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, jumlah kulat, dan jumlah bakteria.  Turut hadir dalam pemantauan ini ialah Pengarah ESERI, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Pakar Perunding Perubatan Kanan dan Gastroenterologi HSNZ, serta para penyelidik ESERI. Semoga kerjasama ini dapat memberikan manfaat yang sewajarnya kepada kedua-dua pihak.

Lebih banyak artikel..