• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERSAMPELAN DATA BANJIR DI KELANTAN

16 - 17 & 23 - 24 Januari 2015 - PERSAMPELAN DATA BANJIR DI KELANTAN

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA akan menerbitkan buku mengenai banjir di Pantai Timur yang berlaku baru-baru ini. Bagi memenuhi tujuan tersebut, beberapa misi lawatan persampelan dan penyampaian bantuan telah dan akan dilakukan di lokasi-lokasi terjejas banjir. Fokus kepada zon banjir Pantai Timur, ESERI telah menjalankan aktiviti persampelan data banjir pada 16 & 17 Januari 2015 di Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Manik Urai, Kelantan. Pada 23 & 24 Januari pula, aktiviti persampelan di lakukan di Dabong dan Gua Musang, Kelantan. 

Antara aktiviti yang dilakukan di lokasi terbabit adalah pengumpulan sampel dan rekod data kualiti air dan udara. Sebahagian analisis dilakukan dan direkod secara 'in-situ', dan sebahagian lagi diambil sampel untuk analisis lanjutan di makmal ESERI di Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. 

DSC 0626 DSC 0610

ESERI juga turut menyampaikan sedikit bantuan wang tunai hasil derma kakitangan ESERI kepada penduduk yang dipilih secara rawak di lokasi persampelan dilakukan. 

ESERI turut berkongsi kesedihan penduduk di lokasi terjejas banjir di seluruh Malaysia dan semoga dengan usaha pelbagai pihak yang dapat disaksikan di lokasi terlibat, dapat memulihkan persekitaran terjejas dalam tempoh yang lebih singkat.

Lebih banyak artikel..