• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

KAJIAN KALI KEDUA KUALITI PERAIRAN SEKITAR DUNGUN TERENGGANU

04 MAC 2015 - KAJIAN KALI KEDUA KUALITI PERAIRAN SEKITAR DUNGUN TERENGGANU

Dungun, 04 Mac 2015, Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) telah menjalankan kajian kualiti air di perairan pinggir pantai Dungun terutama di sekitar Pelabuhan Kerteh . Kajian ini adalah menggunakan gran penyelidikan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Umumnya kajian ini adalah untuk mengesan sebarang pencemaran yang mungkin berlaku di kawasan kajian, dengan tumpuan dilakukan pada laluan keluar masuk kapal kargo di sepanjang laluan dan perairan Pelabuhan Kerteh.

DSC 2023DSC 2035

Pencemaran marin atau pencemaran di perairan pinggir pantai boleh juga berpunca daripada pencemaran sungai. Jika sungai dicemari, perairan pinggir pantai juga akan mengalami masalah pencemaran. Wujud tanggapan bahawa negara kita menerima hujan yang banyak dan mampu mencairkan bahan pencemar yang masuk ke dalam sungai. Begitu juga dengan air laut yang boleh mencair atau meneutralkan bahan pencemar dari sungai.

DSC 2013DSC 2024

Anggapan tersebut adalah tidak tepat kerana kajian menunjukkan aktiviti pembangunan yang terlalu pesat khususnya di kawasan pinggir pantai dalam sektor pertanian, pembalakan, perindustrian, pembandaran dan perumahan serta pelancongan telah menyebabkan air laut atau sungai sudah tidak mampu meresap dan meneutralkan beban pencemaran yang terlalu banyak, hingga berlakunya masalah pencemaran marin.

DSC 2000DSC 2058

Lebih banyak artikel..