• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Bingkisan Aidilfitri Pengarah ESERI

hj

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa Ramadan dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera. Menjelang Syawal yang mulia nanti, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja kakitangan Institut Penyelidikan Alam Sekitar pantai Timur (ESERI), warga UniSZA dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang Ramadan. Kita akan meraikan hari kemenangan menentang hawa nafsu yang telah disifatkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai jihad terbesar bagi umatnya. Semangat jihad inilah yang wajib diamalkan demi kemajuan penyelidikan berimpak tinggi di UniSZA. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadhan akan datang.

Kepada warga ESERI dan UniSZA yang akan kembali ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan ini, berhati-hatilah di jalan raya. Rancang perjalanan dengan baik dan periksa kenderaan sebelum bertolak. Dapatkan rehat secukupnya dan pastikan dalam keadaan bersedia sebelum memulakan pemanduan. Semoga Aidilfitri tahun ini dapat mengeratkan lagi silaturahim serta merapatkan tali persaudaraan sesama kita.

Akhir sekali saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1439 dan menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga ESERI dan UniSZA serta tidak lupa kepada pelajar-pelajar kesayangan saya, maaf di pinta di atas segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang tahun yang berlalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Ilmu dan Akhlak’

PROFESOR MADYA DR. HAFIZAN BIN JUAHIR
Pengarah
Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur