• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Program Jom Teropong Gerhana Penuh Bulan pada 31 Januari 2018

Kuala Nerus - Gerhana penuh bulan (total lunar eclipse) akan berlaku pada 31 Januari 2018 di Kebanyakan negara seperti Asia (termasuk Malaysia), Rusia, Lautan Hindi, Pasifik, Australia dan beberapa negara lagi. Di Kuala Terengganu, gerhana boleh dilihat secara umumnya bermula pada jam 7:48 malam (mula gerhana separa). Fasa gerhana penuh pula bermula pada jam 8.51 malam, pertengahan gerhana penuh pada jam 9:29 malam dan akan berakhir gerhana penuh pada jam 10:07 malam. Akhir gerhana penuh adalah permulaan gerhana separa semula sehingga tamat gerhana separa pada jam 11.11 malam. Waktu gerhana bagi lokasi lain di Malaysia adalah hampir sama secara am.

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur UniSZA dengan kerjasama Uptown Kontena (Dapo Pata) menjemput semua yang berminat untuk turut sama menyaksikan gerhana bulan penuh di acara Jom Teropong Gerhana bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.

gerhana