• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Lawatan Kerjasama antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dan Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung, Indonesia

Kuala Nerus, 13 November 2018 - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) telah membuat lawatan akademik ke Universiti Padjadjaran (UNPAD), Bandung, Indonesia selama 6 hari bermula 13-19 November 2017 bagi membincangkan kerjasama dua hala bertempat Di Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Am (FMIPA). Tujuan utama lawatan akademik ini adalah untuk mengadakan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UniSZA dengan Universitas Padjajaran (UNPAD).
Delegasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir. R. Badlishah Ahmad diiringi oleh Pengarah ESERI, Prof Madya Dr Hafizan Juahir, Pengarah Pusat Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, Prof Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed, Timb Pengarah ESERI, Dr Mohd Khairul Amri Kamarudin serta beberapa orang Felo Penyelidik ESERI telah disambut mesra oleh Dekan Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Am (FMIPA), Prof. Dr. Sudradjat, MS, Manajer Akademik dan Kemahasiswaan, Dr. Mohamad Nurzaman, M.Si, Manajer Riset, PKM, Inovasi dan Kerjasama, Dr. rer. Nat Yudi Rosandi, M.Si, Manajer Tata Kelola dan Perencanaan, Agus Muchtarom, Manajer Sumber Daya, Cece Mulyadi, S.Pd, MAP serta wakil Bidang Akad, Kemahasiswaan,Inovasi dan Kerjasama, Dr Euis Julacha, M.Si, wakil Bidang Perencanaan, Tata Kelola, Sistem Informasi dan Sumber Daya, Prof. Dr. Risdiana, M.Eng dan kakitangan akademik Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Am (FMIPA).
Hasil daripada lawatan ini, kedua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam beberapa perkara seperti mobiliti pelajar, penyelidikan, pengkomersialan produk dan persidangan. Delegasi Universitas Sultan Zainal Abidin (UniSZA) juga telah dibawa melawat ke Bangunan Makmal Berpusat dan makmal-makmal di Fakultas UNPAD serta ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran UNPAD iaitu Pusat Layanan Terpadu UNPAD serta Pusat Pengurusan Komunikasi UNPAD. Selain itu, Delegasi UniSZA juga telah dibawa untuk menjalankan kerja-kerja persampelan kualiti air Waduk Jatigede, Bandung selain membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan aktiviti penyelidikan dan penghasilan jurnal dan penerbitan berimpak tinggi pada masa akan datang.

unpad1

unpad2

upnad3

unpad4

unpad5

unpad6

unpad7

unpad8