• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERSAMPELAN DAN BENGKEL PENGHASILAN & PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TINGGI

Felo penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) memainkan peranan dan menggiatkan usaha dalam menghasilkan penerbitan jurnal yang berkualiti dan menepati kriteria yang digariskan oleh badan indeks jurnal. Selain itu, pemilihan media penerbitan yang tepat amat penting dalam usaha untuk memastikan sesuatu hasil penerbitan itu berupaya disebar luas serta menyumbang kepada manfaat komuniti penyelidik yang lebih luas.
Penerbitan artikel ilmiah dalam jurnal-jurnal yang diindeks dalam pangkalan data berprestij dan berimpak tinggi merupakan satu tanggungjawab para pensyarah universiti. Usaha memperbanyak penerbitan artikel dalam jurnal akademik berprestij dapat meningkatkan mutu pendidikan bagi sesebuah universiti.
Sejajar dengan hasrat pihak kemeterian dan universiti dalam meningkatkan bilangan penerbitan artikel dalam jurnal akademik bermutu tinggi, ESERI telah menganjurkan dan bengkel penghasilan & penerbitan jurnal berimpak tinggi pada 15-18 Mei 2017 bertempat Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Ia melibatkan seramai 30 peserta yang terdiri daripada felo penyelidik, staf dan juga pelajar siswazah ESERI.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam memahami kaedah penyediaan data penerbitan bagi memenuhi keperluan Malaysia Research Assessment (MyRA). Para peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan latihan amali sepanjang program berlangsung. Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai satu keperluan kepada para penyelidik dalam usaha menghasilkan penulisan bertaraf antarabangsa.
Program ini terbahagi kepada beberapa sesi yang dikendalikan oleh Pengarah ESERI. Antara pengisian sesi tersebut ialah perbincangan manuskrip, kaedah penulisan jurnal, kaedah penulisan hasil kajian, kaedah penulisan rujukan, mengenalpasti jurnal berimpak tinggi & kaedah penghantaran artikel.
Sambutan yang diterima daripada peserta sangat menggalakkan dan reaksi yang diberi sangat positif. Justeru, ESERI akan terus melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang.

bengkel 1

bengkel 2 bengkel 5