• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

SELAMAT DATANG KEPADA FELO PENYELIDIK KEHORMAT ESERI

6 FEB 2014 - SELAMAT DATANG KEPADA FELO PENYELIDIK KEHORMAT ESERI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN FELO PENYELIDIK KEHORMAT ESERI

 

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Felo Pnyelidik Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diadakan pada 20 Januari 2014 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan  Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak.

Felo Penyelidik Kehormat yang dilantik berperanan sebagai penasihat dalam bidang kepakaran  masing-masing kepada Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) disamping memberi syarahan/seminar/bengkel selaras dengan bidang kepakaran serta membantu meningkatkan jaringan kerjasama ESERI sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Felo Penyelidik Kehormat ESERI yang hadir pada majlis tersebut terdiri daripada En. Mohammed Hatta Abd Karim, Pn. Roshadah Hashim, Ir. Mohd Noh Ahmad dan En. Chong Boon Weng.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pendaftar, Nordin Jusoh, Pengarah INSPIRE, Prof. Dr. Ahmad Shukri Yazid, Pengarah ESERI, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir dan wakil dari institut yang dilantik.

 

"Pihak ESERI UniSZA Mengucapkan Selamat Datang kepada Para Felo Penyelidik ESERI"