• IMG 0163
  • Banner Web
  • web kik
  • eserian
  • eseri2-1080x350

JALINAN KERJASAMA UniSZA DAN INKINDO RIAU (SIRI I)

10 Feb 2014 - JALINAN KERJASAMA UniSZA DAN INKINDO RIAU (SIRI I)

Pada 10 Februari 2014, jam 10.00 pagi bertempat di Hotel Grand Central, Pekanbaru, Kepulauan Riau, Indonesia. Satu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Dewan Pengurus Provinsi Ikatan Nasional Konsultan Indonesia (DPP Inkindo Riau), Indonesia telah ditandatangani. MoU ini merupakan langkah drastik yang telah diambil oleh UniSZA bagi memastikan pasaran pendidikan dan kepakaran yang dimiliki dapat dikembangkan ke Negara kepulauan ini.

Majlis MoU ini telah diwakili oleh YBhg Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim selaku Naib Canselor UniSZA sendiri dan bagi pihak DPP Inkindo Riau diwakili oleh Ir. H. Firdaus Agus, MP yang merupakan Presiden DPP Inkindo Riau, Indonesia. Majlis tersebut juga telah di hadiri oleh  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman , Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat), Prof. Dr. Kamaruddin bin Mohd Said dan Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Prof. Madya, Dr. Hafizan Juahir. Manakala dari DPP Inkindo – Ir. H. Firdaus Agus, MP, Drs. Mohamad Yamin dan pegawai-pegawai Inkindo Riau yang lain seramai 50 orang.

Langkah bijak ini memberi kelebihan kepada kedua-dua belah pihak bagi memastikan perkembangan pendidikan dan penyelidikan yang akan dijalankan kelak. Antara program kerjasama yang akan dilaksanakan berasaskan memorandum persefahaman ini adalah seperti berikut:

  1.         Satu penempatan latihan untuk pensyarah UniSZA ;
  2.         Kemudahan untuk mengikuti program pascasiswazah di ESERI dan UniSZA ;
  3.         Kerjasama akademik , penyelidikan, pembangunan dan inovasi ;
  4.         Tujuan perundingan (seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar) ;
  5.         Menjadi penasihat industri untuk ESERI ;
  6.         Pemindahan teknologi.      
  7.         Dan mana-mana bidang kerjasama yang akan dipersetujui bersama diantara kedua-dua pihak.

Kerjasama ini diharap akan berkekalan dan mencapai objektifnya kelak.

Lebih banyak artikel..