• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

ESERI di ITEX 2017

13 Mei 2017 - UniSZA melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RMIC) telah menyertai 28th International Invention & Technology Exhibition (ITEX) 2017 Di Kuala Lumpur Convention Center. Pameran yang berlansung pada 11 – 13 Mei 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Pameran yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 22 buah negara. Turut melawat booth UniSZA bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan 16 produk  UniSZA yang dipertandingkan ialah Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Beliau diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed.

Sebanyak lapan (8) pingat emas, tujuh (7) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa telah dirangkul oleh peserta UniSZA dalam pameran berkenaan, di mana 7 emas dirangkul oleh produk dari ESERI.

Baca lanjut di laman ini

Lebih banyak artikel..