• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERSEMPELAN AIR DI SG. PERLUS EDISI 1

24-25 JUN 2014 - PESAMPELAN KUALITI AIR DI SG. PELUS, PERAK - EDISI 1

SG PERLUS II

Pasukan penyelidik ESERI (UniSZA) sekali lagi telah melakukan kerja lapangan pesampelan air di Sungai Pelus, Perak bagi pengumpulan data musim kering. Kerja-kerja di jalankan selama dua hari, bermula pada 24 hingga 25 Jun 2014.

Penyelidik dari ESERI (UniSZA) yang di ketuai oleh Prof Madya Dr. Hafizan Juahir telah di bantu oleh dua (2) orang penyelidik bersama iaitu En. Mohd Khairul Amri Kamarudin dan En. Azman Azid. Selain itu, program ini juga turut di sertai oleh penyelidk-penyelidik dan pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Penyelidik dari UPM telah di ketuai oleh Dr. Nor Rohaizah Jamil yang merupakan Pensyarah UPM (Fakulti Pengajian Alam Sekitar, UPM) dan En. Frankie Marcus yang merupakan Staf UKM yang juga merupakan pakar penyelidik. Penyelidikan kali ini juga turut di sertai seramai 5 orang Pelajar ijazah dari FPAS, UPM.

PERLUS 1PERLUS 2

Kerja-kerja yang di jalankan berfokuskan tentang pengumpulan analisa data yang berhubung kait dengan hidrologi, kualiti air, envirometrik dan Decision Support System (DSS). Kajian ini bertujuan untuk menganalisa pencemaran kualiti air yang berlaku di sungai tersebut serta punca yang menyumbang ke arah kemerosotan kualiti air di kawasan kajian. Kaedah kajian lapangan digunakan dengan melibatkan sebanyak lapan (8) lokasi persampelan sepanjang Sungai Pelus yang majoriti penghuninya adalah orang asli. Sebanyak 11 parameter utama iaitu BOD, TSS, conductivity, turbidity, iron, hardness, phosphate, COD, DO, NH3-N dan pH digunakan bagi mengukur tahap kebersihan air sungai ini melalui analisis makmal dan dipaparkan melalui Indeks Kualiti Air. Hasil diperoleh mendapati bahawa sungai ini dikategorikan sebagai tidak tercemar. Kajian ini sangat penting, kerana sumber air di sungai itu dijadikan sebagai sumber bekalan air minuman kepada orang asli sungai Pelus dan sekitarnya. Kawasan sekitar juga di jangka akan di bina empangan Hidrologi yang berkemungkinan akan memberi impak kepada penduduk sekitar.

PERLUS 3PERLUS 4

 

 

Lebih banyak artikel..