• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERSAMPELAN AIR DI CAMERON HIGHLANDS

26 JUN 2014 - PERSAMPELAN KUALITI AIR DI CAMERON HIGHLANDS

CAMEROON Hd

Masalah pencemaran alam sekitar di Cameron Highlands yang dikatakan semakin kritikal perlu diselesaikan dengan segera. Aktiviti pembersihan tanah di beberapa kawasan hutan rizab telah dijalankan secara berleluasa sehingga menyumbang kepada pencemaran sungai di kawasan peranginan tanah tinggi itu.

Pasukan Penyelidik dari ESERI, UniSZA yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Hafizan Juahir dan di bantu oleh dua (2) orang penyelidik bersama iaitu En. Mohd Khairul Amri Kamarudin dan En. Azman Azid telah mendapat liputan ekslusif oleh pemberita Kosmo! di sepanjang kajian tersebut. Pemberita dari akhbar Kosmo! tersebut sangat teruja kerana dapat mempelajari serta mengetahui secara terus keputusan laporan kajian di lapangan.

Pasukan Penyelidik dari ESERI telah diberi tangungawab untuk melakukan keja-kerja penyelidikan terus di sekitar pusat-pusat peranginan serta tempat-tempat tanaman sayuran dan buah-buahan. Dapatan mendapati bahawa kandungan kualiti air di kebanyakan sungai di sekitar Cameron Highlands sudah terjejas teruk. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan kualiti air minuman dan ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat di sekitar Cameron Highlands. Disamping itu, kemerosotan kualiti air juga boleh menjejaskan prospek pelancongan di kawasan itu.

12

Pengarah ESERI, Prof Madya Dr. Hafizan berkata, "jika dilihat keadaan sungai tersebut, orang ramai pasti tidak percaya, ia adalah sumber bekalan air bagi kegunaan seharian termasuk untuk diminum".

.34

56

 

Lebih banyak artikel..