• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

HEBAHAN CERAPAN GERHANA BULAN PENUH

18 SEPTEMBER 2014 - HEBAHAN CERAPAN GERHANA BULAN PENUH

CERAPAN GPH

 

18 September 2014, Kuala Terengganu - Malam 14 Zulhijjah 1435 nanti, In Sya Allah akan berlaku fenomena Gerhana Penuh Bulan. Menurut hitungan, urutan peristiwa bagi fenomena tersebut adalah seperti berikut (bertanda * adalah fenomena yang berlaku sebelum Bulan terbit, tidak dapat disaksikan dari Terengganu):-

16:14 Fasa penumbra I mula *
17:14 Fasa umbra I mula *
18:24 Gerhana penuh mula *
18:53 Bulan mula terbit (Gerhana mula dapat disaksikan di Terengganu)
18:54 Pertengahan gerhana 
19:25 Gerhana penuh tamat (mula fasa umbra II)
20:35 Fasa umbra II tamat (mula fasa penumbra II)
21:35 Fasa penumbra II tamat

Memandangkan fenomena ini dapat disaksikan menjelang Maghrib hingga selepas Isyak, pihak Unit Falak belum memutuskan sebarang program khusus sempena fenomena ini kerana ruang masa yang begitu terhad di antara dua waktu solat tersebut. Bagaimanapun, pihak kami difahamkan Solat Gerhana Bulan masih boleh dilakukan sepanjang malam tersebut walaupun gerhana telah tamat. Justeru, adalah disyorkan kepada pihak yang mungkin mengendalikan sebarang program sempena gerhana ini untuk melakukan solat gerhana selepas Isyak. Bagi mereka yang tidak terlibat khusus boleh melakukan solat tersebut di antara waktu Maghrib dan Isyak.

Fenomena Gerhana Bulan boleh disaksikan dengan mata kasar. Penggunaan sebarang peralatan adalah untuk kenampakan gerhana yang lebih baik. Bagi penggunaan kamera atau video, lensa dengan 'zoom' melebihi 300mm lebih sesuai, atau kamera video dengan 'zoom' melebihi 20x lebih sesuai. Penggunaan lensa atau 'zoom' yang 'standard' juga sesuai untuk rakaman mod 'landscape'. 

Jika keadaan dan cuaca mengizinkan, pilih lokasi yang berhampiran pantai bagi mereka di pantai sebelah timur semenanjung atau sabah sarawak, atau lokasi yang mempunyai ufuk timur serendah mungkin. Bangunan tinggi juga merupakan pilihan yang baik. 

Marilah bersama-sama menyaksikan fenomena tahun 2014 ini. Gerhana seterusnya adalah pada 4 April 2015.

Lebih banyak artikel..