• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

CERAPAN GERHANA BULAN PENUH OKTOBER

09 OKTOBER 2014 - CERAPAN GERHANA BULAN PENUH DI PERKARANGAN MASJID UniSZA

CERAPAN GERHANA BULAN PENUH

09 Oktober 2014, Kuala Terengganu - 14 Zulhijjah 1435 telah berlaku fenomena Gerhana Penuh Bulan. Peristiwa ini di saksikan hampir 600 orang Jemaah yang hadir di perkarangan Masjid UniSZA antara  7:35 malam hingga 8.30 malam. Pada waktu itu, Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra dan boleh dilihat. Program ini turut di hadiri oleh pengarah ESERI Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir dan pengarah Pusat Islam Dr. Mohd. Shafiee Hamzah.

Memandangkan fenomena ini dapat disaksikan menjelang Maghrib hingga selepas Isyak, pihak Unit Falak di bawah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) dan Pusat Islam mengadkan dua program yang berasingan. Pusat Islam mengendalikan program solat  gerhana dan khutbah serta takzirah di dalam masji, manakala pihak Unit Falak,ESERI mengendalikan alat melihat “Gerhana Bulan Penuh” di perkarangan Masjid UniSZA dan di bantu oleh kelab KASTRO dengan kerjasama Fakulti Pengajian Ketamporari Islam (FKI)

gerhana bulan penuhCERAP 4

Fenomena Gerhana Bulan boleh disaksikan dengan mata kasar. Penggunaan sebarang peralatan adalah untuk kenampakan gerhana yang lebih baik. Bagi penggunaan kamera atau video, lensa dengan 'zoom' melebihi 300mm lebih sesuai, atau kamera video dengan 'zoom' melebihi 20x lebih sesuai. Penggunaan lensa atau 'zoom' yang 'standard' juga sesuai untuk rakaman mod 'landscape'. 

Bagi yang terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, pihak Unit Falak(ESERI) akan sekali lagimenjalankan aktiviti yang sama pada pada 4 April 2015.Hal ini kerana pada waktu itu akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku10 Oktober nanti, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

CERAP 5CERAP 3

Lebih banyak artikel..