• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

PERAWATAN SISA KILANG BATIK CHABANG TIGA, K.TERENGGANU

27 & 28 OKTOBER 2014 - PERAWATAN SISA KILANG BATIK CHABANG TIGA, K.TERENGGANU

CHBG 3

Susulan daripada lawatan loji rawatan sisa batik di Kilang Batik Chabang Tiga, Kuala Terengganu,  pihak universiti melalui Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) telah memulakan kerja-kerja pembersihan loji untuk rawatan seterusnya.

Dua pelajar dan seorang staf daripada ESERI dibantu dengan dua orang daripada pihak kontraktor terlibat dalam projek pembersihan loji rawatan sisa batik di kilang batik tersebut.

Pembersihan secara berperinglkat dimulakan dengan mengeluarkan sisa batik, silikat dan lilin dari tangki besi dan diteruskan dengan tangki ‘aerobic’ dan ‘anaerobic’. Longkang yang menyalurkan sisa batik juga dibersihkan untuk memastikan tiada silikat atau lilin yang termendak di dasar agar tidak mengganggu proses rawatan yang akan dijalankan. Rumah bakteria yang terdapat di dalam kedua-dua tangki (aerobic dan anaerobic) dikeluarkan dah dibersihkan supaya tiada sisa sedimen / pasir yang terkumpul. Proses ini sangat penting memandangkan rumah bakteria itu merupakan bahan yang penting dalam perawatan sisa batik.

Permbersihan loji itu mengambil masa dua hari untuk disiapkan dan sedia digunakan untuk memulakan proses rawatan yang baru. 

DSC 6159DSC 6164

DSC 6171DSC 6253

Lebih banyak artikel..