• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

KAJIAN PENILAIAN FENOMENA BANJIR

17-19 OKTOBER 2014 - KAJIAN PENILAIAN FENOMENA BANJIR

WEB UTAMA ESERI BANJIR

KUALA TERENGGANU – 17-19 Oktober, Unit Tindakan Kecemasan (UTK) dari Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) telah membuat pemantauan dan kajian tentang bencana banjir yang melanda UniSZA dan kawasan sekitar. Hujan lebat dan sederhana yang berterusan beberapa kawasan sekitar telah di naiki air berikutan skala hujan lebat dan sederhana yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di Terengganu dinaiki air.

Fenomena bencana banjir yang berlaku di beberapa tempat ketika ini bukan sahaja membahayakan keselamatan diri atau harta benda,malah ancaman kesihatan andai langkah pencegahan tidak diberi perhatian serius. Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Hafizan Juahir mahu orang ramai meningkatkan tahap kesedaran mereka dalam menghadapi risiko-risiko akibat banjir ini. Beliau berkata, lazimnya masyarakat sering gusar dengan keselamatan mereka, terutama kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan lemas akibat bermain air banjir, namun tidak ramai menyedari ada ancaman lain yang berisiko iaitu akibat penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan taun."Air banjir adalah air tercemar yang datang daripada pelbagai sumber dan paling kita khuatiri ialah penyakit cirit birit akibat bakteria seperti e coli dan coliform. "Bakteria ini datang daripada najis dan sisa pepejal yang mereput di mana ia adalah zat makanan dan medium untuk pembiakannya. Ia bukan sahaja boleh memasuki badan manusia melalui mulut, malah boleh masuk melalui rongga yang ada," katanya

Dr Hafizan berkata walaupun masyarakat Pantai Timur sudah sinonim dengan musim tengkujuh dan banjir, namun perubahan iklim dan punca banjir yang berlaku ketika ini bukan disebabkan faktor alam semula jadi sahaja, sebaliknya kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan juga."

Untuk makluman keputusan total coliform dp sampel air banjir unisza adalah diantara 31000 - 88000 cfu/100ml melebihi tahap yg dibenarkan oleh NWQS itu > 50000 cfu/100ml. Kelas 5. Jadi pencemaran inilah yang menyebabkan air banjir tidak selamat kerana mengandungi banyak bahan tercemar dan saya sangat berharap agar ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak bermain air banjir walaupun di sekitar rumah sahaja. "Selain itu, binatang berbisa seperti ular dan lipan juga akan mencari habitat yang baharu setelah habitat  asal mereka terganggu akibat ditenggelami air," katanya.

 

 

 

Lebih banyak artikel..