• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

BENGKEL PENYELIDIKAN ALAM DAN SEKITAR BERSAMA KPNDKK NEGERI PAHANG 2014 (2)

Cameron Highland, 17 hingga 19 Disember 2014 - Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Pahang telah mengadakan Bengkel Latihan Jurulatih Kepenggunaan (TOT) dan Penyelidikan Alam Sekitar bersama.

Program ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepenggunaan bagi memantapkan lagi pendidikan kepenggunaan kepada peserta bagi membantu kementerian secara khusus dan kerajaaan secara amnya dalam menyebarkan maklumat dan pendidikan kepenggunaan kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan alam sekitar kepada kehidupan harian kita.

DSC 8059DSC 8213

Para peserta dan wakil penduduk sekitar di beri pendedahan tentang masalah perubahan cuaca persekitaran. Kesan dari pencemaran air, tanah dan udara membawa kesan yang amat ketara bagi hidupan masyarakat setempat serta kehidupan akuatik. Apabila tiada tumbuhan disekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran. Situasi ini akan berlaku dengan ketara dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak. Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebabkan masalah penhijrahan haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.Selain itu, kesan dari pencemaran air menyebabkan sungai akan menjadi liat dan berkelodak apabila hakisan tanah berlaku, pembuangan sisa seperti baja, kayu-kayu pembalakan, sampah dan bahan induk pembinaan.

Di samping itu juga, kami di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, ESERI (UniSZA) merasa sangat bertuah dengan program ini telah juga mengukuhkan hubungan antara UniSZA dengan KPDNKK, peserta dan masyarakat. Melalui program ini, kami di ESERI dapat berkongsi kepakaran yang ada pada kami, seperti kepakaran tentang “kualiti air”,"kualiti udara" dan sebagainya. Kami di ESERI juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan peralatan-peralatan kajian saintifik kepada peserta dan masyarakat.

DSC 8024DSC 7596

 

Lebih banyak artikel..