• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU DAN KERJASAMA PENYELIDIKAN BERSAMA HERIOT-WATT UNIVERSITY

 

15 FEBUARI 2015 - MAJLIS PERKONGSIAN ILMU DAN KERJASAMA PENYELIDIKAN BERSAMA HERIOT-WATT UNIVERSITY

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM), Insitut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) dan Pejabat Menteri Besar Terengganu telah menganjurkan Program Kerjasama Penyelidikan bersama Heriot-Watt University, United Kingdom pada hari Ahad, 15 Februari 2015 bertempat di Dewan Senat UniSZA Kampus Gong Badak.

Wakil daripada Heriot-Watt University yang hadir ialah Dr. Bhaskar Sen Gupta OBE, Professor in Water Technology, Dr. Gareth Pender, Professor in Environmental Engineering and Head, Department of Energy, Geoscience, Infrastructure and Environment dan Dr. Gina Netto, Assoc. Professor of Sociology. Program ini telah di pengerusikan oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Rizon Mohamed Juhari (Dekan Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan).

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan di antara UniSZA dan Heriot-Watt Universiti di dalam pelbagai bidang terutamanya penguruan sumber air di Negeri Terengganu. Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, (Pengarah ESERI) telah membentangkan tentang kepakaran serta kemudahan peralatan yang berada di ESERI. Selain itu,Dr. Hafizan menerangkan tentang kepentingan tahap kualiti air di sungai dan air bawah tanah terutama di Negeri Pantai Timur.

Selepas taklimat dan penerangan di berikan mengenai  institut, sesi perbincangan dan soal jawab dibuka. Antaranya ialah, Prof. Dr Gareth Pender bertanya mengenai strategi ESERI dalam menarik minat para pelajar untuk menyambungkan pengajian siswazah di ESERI. Dr Hafizan menerangkan, peruntukan yang di salurkan di UniSZA bertujuan untuk melengkapkan pembelian alat kajian lapangan bagi menarik minat pelajar menyertai ESERI.

Tetamu jemputan juga dibawa melawat tapak loji perawatan sisa kilang batik di Chabang Tiga. Mereka diberi penerangan mengenai sistem rawatan sisa pewarna batik. Pembersihan secara berperingkat dimulakan dengan mengeluarkan sisa batik, silikat dan lilin dari tangki besi dan diteruskan dengan tangki ‘aerobic’ dan ‘anaerobic’. Longkang yang menyalurkan sisa batik juga dibersihkan untuk memastikan tiada silikat atau lilin yang termendak di dasar agar tidak mengganggu proses rawatan yang akan dijalankan.

Diharapkan melalui jalinan perkongsian ilmu dan kerjasama penyelidikan bersama Heriot-Watt University mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lebih banyak artikel..