• welkam
  • eseridoodle
  • Slide2
  • Slide1
  • lawatan tapak projek impak
  • ecopark
  • tanjung piai
  • 4X8 KEM SAINTIS MUDA KISMIS TERKINI kecil
  • Banner2
  • 4X12 STEM edited
  • 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3

Gerhana Penuh Bulan 4 April 2015

4 APRIL 2015 - GERHANA PENUH BULAN

ESERI telah bekerjasama dengan Pusat Islam UniSZA dan Pusat Pengajian Syariah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam menyempurnakan Program Mesra Masyarakat Siri 2/2015 sempena fenomena gerhana penuh Bulan yang dapat disaksikan seusai Maghrib hingga jam 9.44 malam. ESERI menyediakan beberapa unit teleskop, binokular dan teodolit untuk kemudahan pengunjung menyaksikan sendiri fenomena tersebut menerusi peralatan. ESERI juga menyediakan siarlangsung gerhana ke paparan skrin televisyen. Program turut disertai Jabatan Hal Ehwal Fatwa dan Adat Melayu Terengganu yang turut membawa teleskop untuk kemudahan pengunjung.

Program bermula selepas Asar dengan sesi ceramah oleh Pengarah Pusat Islam, Dr Mohd Shafie Hamzah, diikuti oleh Prof Madya Dr Baharrudin Zainal untuk slot kedua. Selepas solat Maghrib, acara solat sunat gerhana dan khutbah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Taha. Cerapan dan siarlangsung gerhana dilakukan sepanjang sesi sehingga jam 9.50 malam.

IMG 2147v

IMG 2150v

IMG 2149v

Lebih banyak artikel..