• 3X10 BANNER EKSPEDISI JABI 2018 SIRI 3 DESIGN 3
  • eserian
  • gerhana
  • IMG 0163
  • web kik
  • eseri2-1080x350

PESAMPELAN AIR DI P.REDANG

21-23 APRIL 2014 -  PENYELIDIKAN PENCEMARAN KUALITI AIR BAWAH TANAH DI PULAU REDANG 

P REDANG

Pasukan penyelidik ESERI (UniSZA) dengan kerjasama penyelidik dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah melakukan kerja-kerja menyelidik tentng pencemaran kualiti air bawah tanah di Pulau Redang.Program ini bermula 21 dan 23 yang mengfokuskan kawasan sekitar seperti pusat-pusat peranginan dan kawasan  penempatan penduduk di Pulau Redang.

Penyelidik dari ESERI (UniSZA) yang di ketuai oleh Prof Madya Dr. Hafizan Juahir telah di bantu oleh Tuan Hj. Mohammed Hatta Abd Karim (Felo kehormat ESERI) dan Mohd Hasif Bin Rodi (pembantu). Manakala penyelidik dari JMG di ketuai oleh Tn.Hj.Mohd Zukeri Ab Gani (Pengarah JMG Terengganu) dan En. Hamlee bin Ismail (Timbalan Pengarah Geosains JMG Terengganu)

Kajian di jalankan dengan menggunakan peralatan saintifik dari ESERI dan beberapa parameter utama iaitu BOD, TSS, conductivity, turbidity, iron, hardness, phosphate, COD dan DO digunakan bagi mengukur tahap kebersihan air bawah tanah di kawasan yang di kaji.

Hasil kajian awal telah menekankan beberapa perkara meneganai alam sekitar yang merangkumi kajian pola, kesan dan punca pencemaran kualiti air bawah tanah di sekitar kawasan penginapan Pulau Redang. Kerjasama yang di jalankan ini di perluaskan kepada bidang lain yang berkaitan dengan geologi, sumber mineral dan bencana semualjadi yang berkait rapat dengan alam sekitar.

PRD 9PRD 15

PRD 16PRD 30

Kajian keseluruhan mendapati bahawa kandungan kualiti air di kebanyakan kawasan sekitar pusat peranginan sangat baik.Namun pemerhatian berkskala juga perlu di jalankan bagi memastikan air sentiasa berada dalam tahap yang sangat bersih serta selamat untuk di guanakan oleh pelancong-pelancong dan penduduk sekitarnya.

Lebih banyak artikel..