Sains Forensik Alam Sekitar
Sains Forensik Alam Sekitar
Unit ini bakal menyediakan perkhidmatan sains forensik yang bakal menyumbang kepada pengetahuan saintifik ahli-ahli sains dan akademik, pembuat polisi, sektor-sektor awam dan swasta serta masyarakat amnya. Unit ini adalah berteraskan kepada bidang sains tulen dan kejuruteraan seperti bidang kimia, biologi, fizik, geologi, kejuruteraan dan lain-lain. Unit ini akan membuat penyelidikan “finger print” ke atas sampel-sampel pencemaran yang ditemui dalam alam sekitar. Kebiasaanya, pesalah alam sekitar hanya didakwa berdasarkan bukti berbentuk fizikal yang kasar, mudah dilihat dan ditemui. Namun dengan kewujudan unit ini kelak, ia dapat dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dalam kes jenayah alam sekitar bagi mendakwa pesalah alam sekitar secara terperinci agar pesalah dapat dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan. Unit ini juga akan menjalankan penyiasatan dan pemerhatian di tempat kejadian sehinggalah kepada ujikaji makmal.